TAQARIR 2013


laporan 



LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA ARAB
Hari : Rabu
Tarikh : 10 April 2013
Tempat berkumpul : Dewan Makan
Masa : 3.45 petang                                          
Aktiviti :  Cuba teka!’
   
        Ahli persatuan dibahagikan kepada lima kumpulan. Dua kumpulan lelaki dan tiga kumpulan perempuan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima hingga enam orang. Sebelum aktiviti bermula, naib pengerusi telah membacakan syarat-syarat permainan.
      Aktiviti bermula sekitar jam 4.00 petang. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar dua orang wakil. Dua orang wakil tersebut hendaklah melakonkan aksi yang betul berdasarkan arahan yang telah diberikan kepada mereka untuk mendapatkan markah bagi kumpulan masing-masing.    
      Ahli kumpulan pula perlu meneka aksi tersebut dengan memberikan ayat yang lengkap dan betul dalam Bahasa Arab. Jika mereka dapat memberi jawapan yang betul, mereka akan mendapat markah.
        Pada jam 4.30 petang, permainan berakhir. Setelah mendapat keputusan muktamad, kumpulan 3 diumumkan sebagai pemenang. Daripada permainan ini, ahli persatuan dapat meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Arab, berkerjasama dalam kumpulan, malah dapat mencungkil bakat lakonan seseorang.
Yang menjalankan tugas,                                                                  12 APRIL 2013.

........................................
(Marissa Zuhanis bt Zaili)
Setiausaha Persatuan Bahasa Arab




LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA ARAB



Hari : Rabu

Tarikh : 6 Mac 2013

Tempat berkumpul : Dewan Makan

Masa : 3.45 petang                                          

Aktiviti :  Explorace





      Ahli persatuan dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima hingga enam orang. Sebelum aktiviti bermula, naib pengerusi telah membacakan syarat-syart permainan.

      Aktiviti bermula sekitar jam 4.00 petang. Setiap kumpulan dikehendaki untuk pergi ke setiap enam ‘checkpoint’ iaitu di  astaka, pondok wakaf, kot bola tampar, pondok telefon, stor sukan dan kantin.

    Astaka merupakan ‘checkpoint’ Madrasati. Di sini, setiap kumpulan diminta untuk menjawab sepuluh soalan berkaitan dengan sekolah dalam masa tiga minit. Pondok wakaf pula merupakan ‘checkpoint’ Puzzle Bahasa Arab. Di ‘checkpoint’ ini, setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikan kata-kata hikmat seterusnya memberi makna yang tepat bagi kata-kata hikmat tesebut.

    ‘Checkpoint’ seterusnya ialah teka silang kata di kot bola tampar. Peserta perlu mencari perkataan yang ditetapkan. Kemudian, di pondok telefon, setiap kumpulan perlulah menjawab soalan matematik dalam Bahasa Arab untuk terus ke ‘checkpoint’ lain.

    Kemudian,‘checkpoint’ Sahih au Khata’ di stor sukan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. ‘Checkpoint’ terakhir ialah Sudoku di kantin.

    Pada jam 4.45 petang, permainan berakhir. Setelah mendapat keputusan muktamad, kumpulan 3 diumumkan sebagai pemenang diikuti kumpulan 2, kumpulan 1 dan kumpulan 4. Daripada permainan ini, ahli persatuan dapat memberi nilai-nilai murni yang diperoleh seperti meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Arab, kerjasama dalam kumpulan, ketangkasan dan lain-lain.



Yang menjalankan tugas,                                                                     25 MAC 2013.





........................................

(Marissa Zuhanis bt Zaili)

Setiausaha Persatuan Bahasa Arab




LAPORAN MESYUARAT AGONG PERSATUAN BAHASA ARAB



Mesyuarat Agong Persatuan Bahasa Arab ini telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 8 Januari 2013. Mesyuarat ini bermula pada jam 3.45 petang sehingga jam 4.30 petang. Persatuan ini terdiri daripada 27 orang ahli yang dipimpin oleh dua orang guru penasihat. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk melantik barisan kepimpinan baru dalam kalangan pelajar untuk menggantikan ahli jawatankuasa yang lalu. Di samping itu, mesyuarat ini juga telah membuat ketetapan berkenaan yuran tahunan dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013.

          Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustazah Norwati dan Ustazah Rozanna. Mereka berharap agar aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun ini lebih menarik agar ahli persatuan teruja dan gembira menyertai persatuan ini.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi. Semua ahli persatuan sebulat suara bersetuju melantik Abdul Wafi sebagai pengerusi dibantu oleh Kamilah sebagai naib pengerusi, saya sebagai setiausaha dibantu oleh Ainaa Mardhiah dan Muhammad Amin Mubarak sebagai bendahari dibantu Ahmad Nawawi. Seterusnya, dua orang ahli jawatankuasa bagi setiap tingkatan dilantik.

Yuran tahunan pula ditetapkan sebanyak RM10 setahun. Selain itu, beberapa cadangan aktiviti telah diusulkan. Contohnya, ‘explorace’ dalam Bahasa Arab, pertandingan memasak Bahasa Arab, tayangan filem Bahasa Arab, sukaneka atau kalam jamai’e, penghasilan buku skrap hasil dari lawatan sambil belajar dan pertandingan nasyid dalam Bahasa Arab.

Sekitar jam 4.20 petang, Abdul Wafi selaku pengerusi menyatakan harapannya untuk persatuan ini. Beliau berharap agar semua ahli persatuan memberi komitmen dan sokongan yang padu serta berusaha dalam memajukan persatuan ini. Beliau juga berharap agar Persatuan Bahasa Arab ini merupakan persatuan yang terbaik di sekolah kami untuk tahun 2013 dan tahun – tahun yang akan datang.

Sebelum bersurai, Ustazah Norwati berpesan agar kami membuat persediaan untuk aktiviti seterusnya iaitu pertandingan memasak Bahasa Arab. Perjumpaan ini diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al – ‘Asr pada jam 4.30 petang.



Yang menjalankan tugas,                                                        12 JANUARI 2013.





..........................................

(MARISSA ZUHANIS BINTI ZAILI)                                                       Setiausaha,                                                                                                        Persatuan Bahasa Arab,                                                                             
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.               

No comments:

Post a Comment